NURHAYATI

Thursday, 29 March 2012

PROGERIA

Adakah anda tahu sejenis penyakit yg diberi nama "PROGERIA"???

Kalo nk nk tw,, jum baca ni!!! :)

kalo korg nk tw.. "PROGERIA" berasal dr perkataan yunani iaitu PROGEROS yg bermakna "terlalu awal lama".. :) PRO perkataan yunani bmksud 'sebelum', manakala GERAS pula bermksud 'tua'. HGPS (Sindrom ProgeriaHutchinson-Gilford) atau lebih dikenali sebagai PROGERIA sangat jrg berlaku dan sejenis keadaan genetik maut.

PROGERIA mempengaruhi kanak2 dan membuat mereka kelihatan lebih tua daripada umur sebenar mereka (penuaan yg lebih pesat). Jenis klasik PROGERIA (terdapat bentuk yg berbeza) adalah HGPS . PROGERIA dihuraikan dalam jurnal akademik oleh  DrJonathan Hutchinson pada tahun 1886, dan Dr. Hastings Gilfordpada tahun 1897 - kedua-duanya di England.





Wednesday, 28 March 2012

BERHENTI BERHARAP

PERNAHKAH anda menaruh harapan pada sesuatu atau pada seseorang dengan sedalamnya namun akhirnya tidak tahu apakah erti harapan anda itu? Rasa tidak sabar, cemas, curiga, sayang, ingin, benci bercampur-baur sehinggakan kita sukar untuk membezakan apakah sebenarnya rasa ‘berharap’.
Ada orang pernah berkata,jika berharap janganlah setinggi langit jika kita tahu kemampuan kita hanyalah serendah gunung. Namun ada juga yang memberitahu , biar berharap setinggi gunung kerana siapa tahu kelak kita mampu mencapai langit.
Harapan yang berlandaskan kebenaran dan kesungguhan bagi sesetengah orang adalah sesuatu yang indah. Mengharapkan kebaikan,perubahan, mengharapkan kecemerlangan ,mendorong kepada keazaman dan usaha untuk mencapainya.
Tetapi apabila usaha yang diberikan telah melebihi 100 peratus dan harapan yang didukung akhirnya tinggal harapan, timbul pula rasa kekecewaan yang teramat sangat. Sehingga akhirnya kita mempersoalkan semula untuk apa kita berharap?
Sukar untuk menyatakan ‘cukup’ kepada sesuatu yang kita lakukan lebih-lebih lagi jika kita begitu mengharapkannya. Kita berharap dapat memperbaiki hubungan yang telah retak. Kita melakukan hampir apa sahaja untuk mempertahankannya. Realiti dan logik kita tolak ke tepi kerana kita masih berharap kita dapat mengubahnya.
Kita berharap seseorang yang kita kenali berubah. Tinggalkan perkara yang tak baik. Kembali kepada diri kita dan keluarga. Kembali kepada agama. Kita usaha. kita lakukan semuanya. Kita marah, kita benci, kita meninggikan suara, kita dendam. Tetapi hujungnya ,kita masih juga berharap kerana dihati kita masih ada perasaan sayang dan harapanlah satu-satunya peluang untuk kita terus menyayangi.
Kita juga suka meletakkan harapan tinggi kepada sesuatu yang telah diketahui mustahil. Kita sandarkan harapan kepada perkara yang tidak pasti kerana kita benar-benar menginginkannya. Lebih sukar sesuatu itu,maka lebih berharaplah kita. Dan inilah yang bakal membuatkan kita benar-benar kecewa.
Jika sudah diketahui mustahilnya dan hampir segala usaha telah dilakukan terhadapnya tiada hasil, maka berhentilah berharap. Terkongkong dengan pengharapan yang tidak pasti dan tiada titik hujung hanya akan membuatkan kita semakin terluka dan memudaratkan keputusan serta logik akal kita.
Sehinggakan kita terdorong melakukan kesilapan,melakukan kemungkaran,melakukan keburukan,maka ia bukanlah sebuah pengharapan yang baik. Katakan cukup sekiranya kita tahu dan yakin ia telah mencukupi. Mungkin ada hikmahnya berlaku perkara itu dan sebalik berharap yang tidak pasti,adalah lebih baik memikirkan apa yang boleh dilakukan.
Kebanyakan kita apabila berharap, kita lupa tentang apa yang kita lakukan. Kita lupa dengan siapa kita harus berharap dan meminta daripada manusia atau benda. Walhal yang seharusnya kita mohon dan pinta adalah daripada Yang Maha Esa.
Berharaplah sesuatu yang baik , kerana kebaikan juga yang akan datang. Berharaplah setinggi langit jika itu yang boleh menjadi penyuntik semangat. Berharaplah seluas lautan jika itu yang mampu membuka jalan kejayaan. Berusahalah agar harapan tidak menjadi sia-sia.
Namun jika kekecewaan , kekusutan dan kekeliruan yang kita dapat daripada pengharapan yang telah lama kita pegang, maka berilah noktah kepadanya. Masanya sudah tiba untuk anda melupakan dan beralihlah kepada perkara lain. Kehidupan ada pasang surut dan pengharapan juga perlu ada mula dan penamat…..
“keberanian adalah keupayaan yang memungkinkan seseorang bertindak dengan baik dan mantap, walaupun ia dalam keadaan setengah mati “-omar Bradley.